INKUBATOR

pengenalan

Program ini ingin menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelatih-pelatih IKM dan menceburi bidang keusahawanan. Ini secara tidak langsung  memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih IKM yang sudah tamat pengajian dalam dunia perniagaan yang sebenar.

 

misi

  • Melahir, membentuk dan membangun usahawan teknikal yang berinovasi dan berkualiti.
  • Melahirkan lebih ramai usahawan baru teknikal ( lepasan IKM/ KKTM) yang berketrampilan , berdaya saing dan berdaya tahan dipasaran domestik dan antarabangsa.

 

arahan & keperluan

  • Setiap IKM perlu memperkenalkan program ini.
  • Program ini mempunyai dua bahagian iaitu peringkat IKM (pelajar semester 3 yang baru tamat pengajian) dan PMN  ( Bekas pelajar yang telah lama tamat) 
  • Tapak hendak disediakan oleh pihak IKM masing-masing. 
  • Program ini adalah dirancang oleh pihak BKT dan kerjasama bersama dengan pihak BBU, FITEC,dan SIRIM.

 

calon-calon

  • Bekas pelajar IKM ( semester 3 tahun ini). Pelajar ini akan dikecualikan daripada latihan dalam loji (LI). 
  • Jumlah pelajar yang terlibat dalam program ini adalah tiga orang.

 

tempoh & perlaksanaan

  • Tempoh program ini 1 tahun sehingga 3 tahun.
  • Setiap IKM hanya menjalankan satu kursus sahaja berpotensi yang  dalam perniagaan.
  • Program yang bakal dijalankan mengikut zon  
    • Besut
    • Tasya
    • J.B
    • Lumut
    • Beseri
  • Perlaksanaan sekurang-kurangnya bermula bulan Julai 2006.
  • Program ini akan diberi taklimat oleh En Alias Muda secara berperingkat-peringkat ke IKM. 

 

 

                                                              

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768. Hakcipta Terpelihara 2013 © Institut Kemahiran MARA Besut