SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PENYAMAN UDARA DAN PENYEJUKAN

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan penyamanan udara dan penyejukan yang

 

 

 

 

 

TEMPOH PENGAJIAN

24 Bulan (Sepenuh Masa)

AKREDITASI

MQA/FA2558

IKM TERLIBAT

Kota Kinabalu, Besut, Beseri

SYARAT KELAYAKAN

Lulus SPM atau setara dengan sekurang-kurangnya:

  1. Satu (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
  2. Lulus Matematik

ATAU

SKM

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 yang diiktiraf atau setara atau Lulus Sijil Profesional GIATMARA.

SKM

Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara dan Lulus SPM termasuk lulus Matematik.

SINOPSIS PROGRAM

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan penyamanan udara dan penyejukan yang merangkumi kemahiran memasang, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai jenis penghawa dingin dan sistem penyejukan. Program Persijilan Juruteknik Servis (CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.

KANDUNGAN SILIBUS

Semester 1: Introduction to Air Conditioning and Refrigeration System, Principle of Electricity, Metal Work and Piping, Engineering Drawing, Engineering Science 1, Technical Mathematics 1, Entrepreneurship 1, English and Communications 1, Konsep Asas Islam, Asas Etika dan Moral, Co-Curriculum 1

Semester 2: Air Conditioning and Refrigeration Maintenance, Electric Motor and Control, Principle of Refrigeration and Air Conditioning, Refrigerant Certification Preparatory, Technical Mathematics 2, Entrepreneurship 2, English and Communication 2, Tasawwur Islam, Teori Etika dan Konflik Moral, Co-Curriculum 2

Semester 3: Refrigeration and Air Conditioning Design Concept, Commercial Refrigeration, Commercial Air Conditioning, M&E Blueprint Reading, Automotive Air Conditioning, Peradaban Islam, Masalah dan Isu Moral, Pengajian Malaysia

Semester 4: Latihan Industri

PROSPEK KERJAYA

Juruteknik mekanikal, pakar penyaman udara dan penyejukan, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penjejukan (IKM Johor Bahru)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penjejukan (UniKL)