UTUSAN PENGARAH

 

 

S

 

 

alam sejahtera dan Salam satu Malaysia, selamat datang ke Laman Sesawang IKM Besut.

 

Pertama sekali saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya, saya berkesempatan merakamkan sepatah dua kata di ruangan ini.  Di kesempatan ini juga, saya rakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada pasukan urusetia laman sesawang Institut Kemahiran MARA Besut, di atas komitment yang tinggi dalam menyediakan informasi di ruangan ini. 

Dewasa ini, kita dapat mengakses maklumat tanpa kekangan dan masalah dengan dunia tanpa sempadan.  Di mana kita berada maklumat hanya dihujung jari.  Dengan adanya prasarana, fasiliti dan kemudahan jalur lebar, penggunjung laman sesawang IKM Besut dapat mengemaskini aktiviti dan berita semasa IKM Besut. 

Saya berharap agar laman ini akan menjadi platform atau medium komunikasi yang efektif dan di antara pengguna luar dan warga kerja IKM Besut.  Kami berusaha untuk memberi maklum balas dengan cepat dan lengkap bagi sebarang aduan dan kemusykilan.  Dalam masa yang sama, warga kerja IKM Besut juga disarankan agar memanfaatkan medium ini sepenuhnya demi kecemerlangan perkhidmatan serta meletakan IKM Besut sebagai Institusi yang maju kehadapan dalam teknologi maya. 

Sekian dan selamat melayari laman sesawang IKM Besut, Terengganu

 

Nurhaslina Binti Ngah
Timbalan Pengarah HEA
b/p: Pengarah
 
Institut Kemahiran MARA Besut

                                                              

Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768. Hakcipta Terpelihara 2013 © Institut Kemahiran MARA Besut