Maklumat Konvokesyen

 

Majlis Konvokesyen Perdana IPMa (KKTM, KPM, MJII dan IKM) 2023 akan diadakan di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada:

 

Majlis Konvokesyen Perdana IPMa (KKTM, KPM, MJII dan IKM) 2024 akan diadakan di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada:

 

Tarikh Raptai: 7 Jun 2024 (Jumaat) | Sidang 1 atau 2 sahaja

Tarikh Pendaftaran: 7 Jun 2024 hingga 10 Jun 2024 (Jumaat - Isnin)

Tarikh Konvokesyen: 8 Jun 2024 hingga 11 Jun 2024 (Sabtu - Selasa)

Bilangan Sidang: Lapan (8) Sidang

Alamat Lokasi Konvokesyen:

World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur,

Dulu dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC)

41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur

 

 

                               

Graduan KKTM, MJII dan IKM perlu membuat pengesahan kehadiran konvokesyen di www.konvo.tvetmara.edu.my dan graduan KPM di www.hi-edu.my

Pengesahan kehadiran konvokesyen bermula pada 3 April hingga 25 Mei 2024.

 

 

 

  • Graduan yang akan menghadiri konvokesyen ini adalah diwajibkan membuat bayaran graduasi sebanyak RM 290.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sembilan Puluh Sahaja) sebelum atau pada 25 Mei 2024 (Sabtu).
  • Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen, dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM 70.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Puluh Sahaja) bagi kos folder, skrol dan transkrip sebelum atau pada 25 Mei 2024 (Sabtu).
  • Bayaran graduasi tidak akan dikembalikan bagi graduan yang telah selesai membuat bayaran hadir konvokesyen tetapi tidak hadir penganugerahan konvokesyen.
  • Kaedah pembayaran hendaklah menggunakan medium perbankan elektronik di Sistem Pengurusan  Konvokesyen www.konvo.tvetmara.edu.my bagi graduan KKTM, MJII dan IKM dan www.hi-edu.my  bagi graduan KPM.
  • Skrol dan transkrip graduan hanya dikeluarkan pada atau selepas tarikh konvokesyen dengan syarat segala bayaran termasuk bayaran graduasi dan hutang tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.

Graduan boleh menyemak dan memperolehi informasi terkini mengenai konvokesyen dari masa ke semasa melalui portal dan laman media sosial berikut:



  • Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Tinggi untuk meningkatkan tahap kualiti Sistem Pendidikan Negara.
  • Graduan yang tamat pengajian tahun 2023 bagi KKTM, MJII dan IKM dikehendaki melengkapkan kajian tersebut secara atas talian bermula pada 18 Mac 2024 (Isnin) di pautan:
    atau

 

 

  • Graduan yang telah melengkapkan kajian tersebut perlu mencetak Slip SKPG dan dibawa semasa pendaftaran konvokesyen.
  • Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen juga dikehendaki mengisi kajian tersebut dalam tempoh yang diberikan dan mengemukakan Slip SKPG semasa tuntutan skrol dan transkrip di institusi masing-masing.
  • Graduan tidak dibenarkan mengambil Pakaian Konvokesyen, skrol dan transkrip jika gagal melengkapkan kajian pengesanan graduan tersebut.


7.1 Etika pemakaian graduan majlis konvokesyen adalah seperti berikut (Rujuk Gambar 1):
a) Graduan Lelaki

  • Kemeja lengan panjang, bertali leher, seluar berwarna gelap dan Pakaian Konvokesyen atau;
  • Baju Kebangsaan berwarna gelap lengkap bersampin dan Pakaian Konvokesyen.
  • Kasut kulit atau PVC berwarna gelap sepenuhnya dan berstokin yang menutupi buku lali.
  • Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas.
  • Tidak dibenarkan:
    • Seluar jeans dan seluar pendek
    • kasut sukan/selipar/sandal
    • Berambut panjang dan mewarnakan rambut
    • Stokin jenis 'no show socks'

b) Graduan Perempuan

  • Pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher dan pakaian konvokesyen.
  • Warna pakaian adalah bebas.
  • Bagi yang memakai tudung kepala, dicadangkan agar menggunakan tudung kepala warna cerah supaya mudah disesuaikan dengan warna ‘hood’ kluster masing-masing.
  • Kasut kulit atau PVC berwarna gelap sepenuhnya dan berstokin yang menutupi buku lali.
  • Tidak dibenarkan:
    • Jenis kain yang berbelah atau jarang
    • Kasut sukan/selipar/sandal
    • Mewarnakan rambut
    • Skirt pendek atau seluar tidak dibenarkan
    • Stokin jenis 'no show socks'

 

                                Contoh Etika Pemakaian Graduan

Tetamu graduan yang menghadiri Majlis Konvokesyen hendaklah berpakaian seperti berikut:

         Lelaki

              ·      Kemeja lengan panjang, baju kebangsaan atau baju batik dan berkasut.

              ·      Seluar jeans dan seluar pendek tidak dibenarkan.

              ·      Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.

              ·      Potongan rambut hendaklah pendek dan kemas.

           Wanita

             ·      Pakaian labuh hingga buku lali/skirt labuh, baju/blaus berlengan panjang dan lengkap menutup hingga ke leher atau baju kebangsaan

                    serta sopan.

             ·      Kasut sukan/selipar/sandal tidak dibenarkan.

             ·      Skirt pendek atau seluar tidak dibenarkan.

      Graduan boleh mengambil skrol dan transkrip masing-masing sebaik sahaja konvokesyen selesai, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan seperti di bawah:

  1. Graduan yang masih berhutang dengan institusi masing-masing hendaklah menjelaskan hutang sebelum skrol dan transkrip dapat dikeluarkan. Sila lampirkan bersama resit/surat pengesahan daripada pihak berkenaan yang menyatakan hutang telah dijelaskan.
  2. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya skrol dan transkrip yang telah diserahkan kepada graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.
  3. Jika terdapat sebarang kesilapan maklumat pada skrol dan transkrip selepas dua (2) minggu dari tarikh penerimaan, graduan boleh berhubung dengan institusi masing-masing. Sebarang kesilapan yang diterima selepas tempoh tersebut akan dikenakan bayaran.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

     

     

 



 

HUBUNGI KAMI                                              

Institut Kemahiran MARA Besut

Jalan Batu Tumboh, Alor lintang 

22200 Besut 

Terengganu Darul Iman

 

  09 6957244      

  09 6958795     

 FAKS : 09 6957326

PAUTAN PANTAS                                              

 

PORTAL MARA

PORTAL MARANET

PORTAL KPLB

PORTAL GMI

PORTAL GIATMARA

PORTAL UNIKL

FAQ

tuzla escort
bonus veren siteler
film izle hdfilmcehennemi film izle
film izle filmmodu film izle hd film izle
bonus veren siteler
deneme bonusu veren siteler deneme bonusu veren siteler deneme bonusu veren siteler
Trbet Canlı Bahis Canlı Bahis Canlı Bahis Canlı Bahis