UTUSAN PENGARAH

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

 

Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam Laman Sesawang  Institut Kemahiran MARA Besut ini. Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa  dan ucapan terima kasih saya zahirkan kepada semua yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada seluruh warga kerja IKM Besut khususnya dan pelawat luar amnya mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui penerbitan laman sesawang ini.

 

Kami di Institut Kemahiran MARA Besut sentiasa bersedia memikul amanah untuk melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi mental, jasmani dan teguh rohaninya. Adalah diharapkan maklumat yang dipaparkan di laman sesawang ini dapat dimanfaat dan digunakan sepenuhnya untuk pembangunan bangsa, agama dan negara. Gunakan kesempatan ini untuk berkongsi ilmu dan kemahiran di bidang pengkhususan masing-masing selari dengan hasrat MARA untuk melahirkan modal insan yang berintegriti, kompeten dan berinovasi selari dengan hala tuju TVET yang menyumbang kepada pembangunan negara berpendapatan tinggi.

 

Sehingga kini terdapat tujuh (7) program yang ditawarkan di Institut Kemahiran MARA Besut iaitu  tiga (3) program Sijil dan empat (4) program Diploma termasuklah Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer (Cloud Computing) yang telah  mula ditawarkan pada Sesi November 2020.

 

Sekarang ini kita rakyat Malaysia bergelut  dengan Pandemik Covid 19 yang memaksa semua warga pendidik khususnya di Institut Kemahiran MARA Besut  berdepan  dengan  cabaran  dalam meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut norma baru . Antara masalah terbesar yang perlu para pensyarah hadapi adalah capaian kepada kemudahan internet. Perlu diakui ia bukanlah satu perkara yang mudah namun, berkat kesabaran, komitmen  dan kerjasama dari semua pihak kita berjaya mendepaninya.

 

Akhir kata , saya amat menghargai dan turut mengalu-alukan semua pihak agar terus melayari dan memberikan maklum balas agar budaya penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan dapat direalisasikan.

 

Sekian, Terima kasih

Badrul Hisham Bin Mohamad Yatim

Pengarah 

Institut Kemahiran MARA Besut