Projek :Program CSR di Masjid Al-Fathi, Gong Kepas, Besut.
Penyelaras: En. Ahmad Yusof Bin Mohammad
Tarikh Projek :06 - 09 Januari 2020
Kerja-kerja yang dijalankan:
Penambahan Pendawaian Lampu Garaj dan Dalaman.
Penglibatan: Tenaga Pengajar dan Pelajar Jabatan Elektrik diketuai oleh En. Zubairi bin Mat Zain
Institut Kemahiran MARA Besut mengorak langkah permulaan tahun 2020 dengan memulakan tanggungjawab sosial korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR).
Kewajipan dalam membantu kebajikan masyarakat merupakan satu komitmen berterusan IKM Besut bagi mempertingkatkan kesejahteraan rakyat serta meningkatkan imej organisasi.
IKM Besut telah mula bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti CSR. Beberapa program telah dirangka bagi tahun ini yang melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.



