
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan penyamanan udara dan penyejukan yang
TEMPOH PENGAJIAN
36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
Kuala Lumpur, Sik & Besut
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN SPM
Lulus SPM atau setara dengan dua (2) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik/ Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
- Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain
LULUSAN SKM
Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menyediakan pelajar dengan kebolehan praktikal serta teori dalam bidang teknologi kejuruteraan penyaman udara dan penyejukan. Sepanjang 36 bulan, pelajar perlu menjalani latihan dalam bidang penyaman udara dan penyejukan meliputi rekabentuk sistem, pemasangan, penyelenggaraan, pemasangan elektrik dan pengurusan projek. Program Persijilan Juruteknik Servis (CSTP) yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut akan disediakan kepada pelajar sebagai persijilan professional tambahan.
KANDUNGAN SILIBUS
Tahun 1: Introduction to Refrigeration And Air Conditioning System, Principle Of Electricity, Metal Work And Piping, Engineering Drawing, Mathematics A, Communicative English 1, Penghayatan Islam, Moral dan Nilai Murni, Co-Curriculum 1, Air Conditioning And Refrigeration Maintenance, Electrical For HVAC&R, Principle Of Refrigeration And Air Conditioning Refrigerant Legal Requirement, Communicative English, Pengajian Malaysia, Co-Curriculum 2
Tahun 2: Commercial Refrigeration, Commercial Air Conditioning, Automotive Air Conditioning, Supervisory Management, M & E Blueprint Reading,HVAC Design Concept, HVAC Piping System Design, HVAC Ducting System Design, HVAC Electrical System Design, Digital Entrepreneur
Tahun 3: Industrial air Conditioning System, Final Year Project, HVAC & R Project Planning And Monitoring, HVAC & R Tender Documentation, HVAC & R Handling Over Process, Industrial Training
PROSPEK KERJAYA
Juruteknik atau Pembantu Jurutera dalam pembuatan penyaman udara, Penolong Jurutera untuk perunding dan firma kontraktor, servis dan membaiki sistem penyaman udara, Usahawan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:
- Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) (Penyamanan Udara dan Penyejukan Industri) (UniKL MFI)