
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang Diploma Kompetensi Kimpalan
TEMPOH PENGAJIAN
36 Bulan (Sepenuh Masa)
IKM TERLIBAT
Johor Bahru, Lumut, Beseri, Besut, Kuching
SYARAT KELAYAKAN
LULUSAN SPM
Lulus SPM atau setara dengan dua (2) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
DAN
Tidak Rabun Warna
SINOPSIS PROGRAM
Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang Diploma Kompetensi Kimpalan, dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian visual inspector (VI), penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan (DT dan NDT) bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
KANDUNGAN SILIBUS
Semester 1: Shielded Metal Arc Welding 1F,2F, Shielded Metal Arc welding 3F,4F, Shielded Metal arc Welding 1G,2G, Gas Metal Arc Welding, Mathematics B, Communicative English 1, Penghayatan Islam/Moral dan Nilai Murni, Co-Curriculum 1
Semester 2: Shielded Metal Arc Welding 3G, Shielded Metal Arc Welding 4G, Shielded Metal Arc Welding 5G downhill,Pengajian Malaysia, Co-Curriculum 2
Semester 3: Shielded Metal Arc Welding 5G uphill 1, Shielded Metal Arc Welding 5G uphill 2, Shielded Metal Arc Welding 6G 1, Shielded Metal Arc Welding 6G 2, Gas Tungsten Arc Welding, Digital Entrepreneurship, Communication English 2
Semester 4: Welding document Preparation, Welding material and Consumable Procurement Arrangment, Welding Activity Planning 1, Welding Activity Planning 2, Welding Software Application
Semester 5: Welding Activities Supervision 1, Welding Activities Supervision 2, Welding Inspection Activity Coordination 1, Welding Inspection Activity Coordination 2
Semester 6: Welding Record and Report Documentations, Welding Safety Activities Implementation, Final Year project, Industrial Training
PROSPEK KERJAYA
Jurukimpal, pemeriksa kimpalan visual, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan dan pembantu jurutera
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN
Melanjutkan pelajarn ke peringkat Diploma Lanjutan di Institusi awam dan swasta iaitu Diploma Lanjutan Tahap 5